March 16, 2010

high hill - part 2: edisi colmar tropicale

Tarikh: 14 March 2010
Masa: Pagi sampai ke lunch time
Lokasi: Colmar Tropicale, Berjaya Hills

Suasana ala2 zaman Perancis dulu2, zaman medieval. Kurun ke-16, mungkin. Dengan permandangan macam dalam gambar poskad. Ha ha ha! Pembangunan tempat ni berdasarkan Colmar Village yang berada di Alsace, Perancis. Berada pada ketinggian 2700 kaki dari aras laut. Sejuk!





Pakchek yang buat karikatur kitorang tu nama nyer Abang Jamil. Kenal tak? Aler, Abang Jamil yang buat karikatur untuk artis2 jemputan rancangan AC Di Sini dulu2 tu. Walaupon karikatur aku tu nampak cam lagi hensem dari wajah aku yang sebenar, tapi aku maafkan aar Abang Jamil tu. Ye aar, karikatur aje =P

Cenderahati yang dijual mungkin mahal sikit kot. Tapi kira okeh aar kot kalu dipikir absorb cost transportation. Jauh tu nak supply. Kat sini gak banyak disediakan permainan2 yang bule dapat hadiah. Ala2 funfair gitu. Tapi nak dapatkan token pon aku kira mahal gak.

Pelbagai pilihan makanan kat sini. Ada restoren yang jual pizza2. Ada yang jual ayam2 dan western food, mungkin kot. Ada restoren yang macam café, yang menjual roti Perancis tu. He he. Dan ada jugak yang jual makanan2 secara buffet. Aku pilih makan pizza aje. Siap ngan fried calamari yang sedap sangat2, tak rasa cam makan getah. Terbaek! Pastu layan split banananananana skali. Pergh! Harga agak mahal sikit kot. Amat saket kepala jugak bila mesin kad kredit diorang tiba2 cam bengong sikit. Naseb baik aku bawak cash. Ces!

3 comments:

Shidah said...

oo..inilah france nye ye..:-)

nazri said...

gua mcm kenal tempat ni bai..haha..ko tak overnite k kat sini?...

Unknown said...

shidah:
france..
=P

andsem:
takde keje aku nak overnite..
dekat sangat ngan umah aku..

ada ke orang overnite kat tempat jauh 30 minit aje dari umah sendiri??
keh keh keh..
=P