March 30, 2010

bukit buragas

Tarikh: 28 March 2010
Masa:
Lokasi:


Dah plan nak naik Bukit Broga. Tak penah pulak aku pegi. Aku ngan puan wifey main serbu aje ni. Rasa nyer cam tak leh sesat. He he.

So, hari Ahad tu kitorang akan berada kat Seremban. Kira dekat aar gak. Tapi puan wifey nak mendaki lebey awal pasal dia risau akan jadi kes cam kawan dia (Refer:
~ Wareong Linda ~). Tarak hal. Aku layankan aje. Aku pon dah lebey 5 taun tak panjat mana2 gunung. Tapi aku confident aje ngan stamina aku. Keh keh keh =P

So, plan nyer kul 5 pagi mesti dah ada kat kaki bukit tu. Traveling lebey kurang 30 minit kot. Nak mandi bersiap bagai, so agak2 kene bangun tido lebey kurang kul 3 pagi. Punya aar awal kitorang bangun tido. Aku memang dah siap packing kamera dan tripod. Sangat2 bersedia nak amik gambar sunrise. Pergh! Aku dah bule bayangkan keindahan alam pada ketika itu.

Setakat ni aku cuma nengok gambar2 aje aar. Bule refer kat sini:
Wikipedia. Nampak cam best gak. Setakat yang aku baca, tinggi sekitar 350m aje. Memang bukit aar tu. Bule aar dilayan. Aku pon dah dekat2 umur warga emas. Tak larat dah nak naik ke puncak yang lebey tinggi.

Err, kita tahan cerita ni sat. Time ngah mengeliat2 atas katil pagi2 buta tu, puan wifey tanya kat aku, "Kita ada bawak torch light tak?". Seraya aku membalas, "Owh. Takde."

Tanpa segan silu nyer kitorang pon sambung tido.

3 comments:

nazri said...

mengong..haha

Unknown said...

giler hebat entry nih.. :P

Unknown said...

andsem:
he he..
ni gaya penulisan aku yang terbaru..
=P

aini:
thanks..
=)