March 16, 2010

high hill - part 1: edisi rabbit park

Edisi jalan2 diteruskan lagi. Destinasi seterus nyer ke Bukit Tinggi, Pahang. Ke lokasi yang diberi nama Berjaya Hills. Hebat woh!

Tarikh: 14 March 2010
Masa: Pagi
Lokasi: Rabbit Park, Berjaya Hills

Lepas layan corner kat Lebuhraya Karak, layan corner pulak kat Berjaya Hills ni, sebelum berenti kat destinasi pertama. Rabbit Park!

Kalu dah nama pon Rabbit Park, sure aar ada arnab. Banyak gila arnab kat sini. Jinak2. Siap ada yang nak ajak aku nengok wayang. Tapi kat sini bukan ada arnab semata-mata. banyak lagi binatang2 lain kat tempat ni. Kira ada iras2 zoo kecik jugak aar.




Yang keldai tu aku tak jumpa dia punya papan tanda. Ke memang takde papan tanda? Tapi aku tau aar tu keldai. Bukan kuda.

Ni binatang2 yang ada kat atas tanah. Kira kat taman nyer aar. Ada lagi binatang2 yang kat dalam kawasan ..... Err, kira kawasan opis ke? Ada tempat duduk bagai gitu2 aar. Kat situ ada kala jengking, lipan besar2, dan juga pelbagai jenis kumbang2 rare species yang ada kat dalam hutan. Ada juga sangkar yang berisi guinea pig. Guinea pig ni bukan keturunan khinzir ataupon datang dari Guinea. Binatang comel ni dari spesis rodent. Lagi comel dari hamster yang busuk tu. He he.

Ada satu lagi binatang yang aku nampak kat situ. Dari mana datang nyer ntah. Takde papan tanda. Kandang nyer pon takde. Dok meliar kot. Binatang tu ialah anjing. Anjing punya anjing. Keh keh keh.

4 comments:

Shidah said...

haha..sekali pandang tajuk, ingatkan pasal kasut tumit tinggi :-)

Unknown said...

tu high heal laa..
bukan high hill..
=P

riz dah sampai france..
keh keh keh..

Shidah said...

2 la shidah ckp sekali pandang..bila tgk ejaan oo..bukit tinggi..hehe

eh bila pg france..

Unknown said...

bila riz pegi france??
hari yang sama gak..
lepas gerak dari rabbit park..

check posting yang seterus nyer..
=P