January 13, 2011

red hill odyssey: edisi konvoi

Festival Proton 1 Malaysia. Start pada 18 Disember 2010. 2 minggu road show. Ada 10 pit stop di 10 negeri. Konvoi 55 kereta Proton, termasuk 25 kete daripada kelab2 kereta Proton yang official.
Tarikh: 19 December 2010
Masa: 0810hrs
Lokasi: Bukit Merah Laketown Resort

Festival Proton 1 Malaysia. First pit stop kat Ipoh.

Malam tu konvoi bermalam di Bukit Merah Laketown Resort. Tapi di Suria Apartment. Mengadap highway. Apartment aku mengadap tasik. Sepupu2 aku nampak konvoi tu, tapi diorang tak kasitau aku.

Pagi2 tu aku terperasan satu kete ber-sticker Festival Proton 1 Malaysia. Aku terus sms kawan yang join konvoi. Hampeh! Diorang ada depan mata aku aje rupa nyer.

Terus aku amik kamera, then amik gambar konvoi. Tapi gambar2 kete dari Gen-2 Club takde laa. Pasal time diorang lalu depan aku tu, aku dok sebuk jerit2 nak lambai2 kat diorang. Mana ada masa nak amik gambar pulak. Ha ha ha.

Anyway, diorang tau aku kat situ. Diorang berhubung melalui walkie talkie la.

*Macho siot! Pergh.


*Kete Lotus. Tak sure model ape. Lotus Evora kot.




No comments: