January 10, 2011

klian pauh odyssey: edisi lalu aje

Dulu2, Taiping ni ibu negeri untuk Perak. Terbahagi kepada 12 mukim. Membangun kerana kaya ngan sumber bijih timah. Taiping merupakan tempat paling kerap menerima hujan yang lebat, hampir 320 hari dalam setahun. Kalu dulu2 ada belajar geografi, sure ada ingat fakta nih.

Kat Taiping terdapat landasan keretapi yang pertama di Malaysia, menyambungkan Port Weld.
Tarikh: 18 December 2010
Masa: Around 1715hrs
Lokasi: Taiping, Perak

Owh.

Kitorang lalu pusing2 aje kat Bandar Taiping nih. Lebey tepat, dok pusing2 area Taman Tasik Taiping dan kawasan2 persekitaran ngan pasaraya tujuan asal kitorang.

Taman Tasik Taiping ni merupakan bekas lombong bijih timah. Dibuka pada taun 1880. Dekat2 tu ada Penjara Taiping.

Penjara Taiping tu didirikan pada taun 1879. Dibina dok berdepan ngan Muzium Perak.

Muzium Perak adalah yang pertama dan tertua di Malaysia. Dibina pada taun 1883. Muzium ni dekat2 gak ngan Zoo Taiping.

Zoo Taiping ni nampak "hijau" pasal dalam kawasan taman tasik dan berdekatan ngan kaki Bukit Larut.

Bukit Larut merupakan kawasan tanah tinggi yang paling basah di Malaysia. Hampir setiap hari pada waktu petang, hujan turun di bukit nih.

Lalu aje. La la la la. =P

*Signboard ke lokasi2 menarik di Taiping.


*Kira tempat check-in ke Bukit Larut. He he.


*Taiping War Cemetery. Christian + Islam + Gurkha.


*Pintu masuk ke Zoo Taiping.


*Penjara Taiping.

No comments: