July 07, 2010

puan wifey amik kursus blaja2 cucuk pakai jarum picagari

Tarikh: 05 July 2010
Masa: Tengah hari membawak aar ke malam
Lokasi: IJN, Kuala Lumpur

Chronology nyer bermula bila kitorang ke IJN pada Sabtu, 03 July 2010. Masa tu IJN tak berapa nak beroperasi. Weekend aar katakan. So, kitorang di-suggest untuk kembali lagi pada ari Isnin, 05 July 2010.

Pagi Isnin tu aku tak pegi keje laa. Antar puan wifey ke IJN dulu. Setelah berbincang ngan nurse INR kat IJN tu, dia call doktor kepada puan wifey. Doktor kepada puan wifey tu ada gelaran Tan Sri. Tapi bukan nyer call Tan Sri tu pon, call salah sorang dalam team Tan Sri tu jugak laa. Doktor yang bergelaran Dato'. Doktor2 kat IJN ni berpangkat-pangkat yek.

Bila dengar keterangan tentang puan wifey, on-the-spot Dato' tu soh puan wifey di-admit ke wad. Puan wifey terpaksa menjalani proses penukaran ubat dari warfarin kepada heparin. So, puan wifey mintak untuk admit ke wad petang sikit. Ye aar, nak kene bersiap-siap dulu.

Then, aku pegi keje aar sat.

Admission puan wifey kul 2pm. Kitorang tiba di bahagian kecemasan IJN kul 1:30pm. Disuruh menunggu. Sampai kul 2:30pm aku menunggu. Hampeh tul. Puan wifey dipanggil. Hape check-up ntah dibuat. Cucuk2 jarum picagari bagai. Heparin syringe guna automated dispensing machine. Dalam kul 4pm baru aar puan wifey dibawak masuk ke wad.

Hurm. Perkara biasa2 aar puan wifey lepak2 kat wad ni. Keje2 umah tu semua aku bule settle-kan. Basuh baju, sidai baju, kemas2 umah, basuh pinggan mangkuk, pape aje laa. Semua aku layan kan aje. Satu Dua aje yang aku malas. Aku malas nak memasak! Dan juga aku malas nak melipat pakaian! Susah nyer kalu puan wifey takde nih =(

2 comments:

Shidah said...

kena la rajin2 lipat kain..kalau tak menimbun macam gunung bila dia balik mesti poning..huhu

Unknown said...

betul jugak yek..


shidah bila nak balik m'sia??
meh aar datang umah riz..
tolong lipat kain nih..
=P