July 02, 2010

kambeng terhebat

Tarikh: 26 June 2010
Masa:
Lokasi: Taman Paroi Jaya, Seremban

Ammar Luqman. Err, ape yek panggilan untuk budak nih? Anak kepada sepupu aku. Bukan anak sedara kot. Hurm.

So, aku attend kenduri aqiqah untuk Ammar Luqman nih. Acara bermula ngan marhaban. Aku tak join laa. Aku dok kat luar umah sambil perhatikan dua kambeng yang digolek-golek diatas pemanggang. Woh!

Ujung2 marhaban tu nak abes, aku baru masuk ke dalam umah. Then, ada acara cukur jambul. He he. Cam best aje. Acara seterus nyer ialah bacaan tahlil arwah / doa selamat / pape jenis doa aar. Okeh, acara biasa2 nih.


Kemudian, ke acara utama. Err, kira utama laa. Acara makan2! Aku ni cam berfikir pakai perut pulak. Ha ha ha!

Ada macam2 makanan yang disediakan. Nasi berlauk, kambeng panggang, kueh mueh, buah-buahan dan air2. Aku nengok ramai sangat yang menyerbu bahagian nasi berlauk tu. So, aku, bapak aku, sorang pakchek aku dan pakchek2 yang lepak semeja ngan aku terus menyerang kambeng! Pergh! Kambeng tu memang super-best! Kitorang semua siap tambah laa. Siap kene buat alasan bukan2 untuk menambah. Ye aar, kambeng ni bukan nyer bule makan banyak2 pon.

Kemudian aku mula menyerang kueh mueh. Err, kueh mueh biasa2 aje laa. Takde pape nak diceritakan. Yang penting, lepas tu aku menyerang kambeng lagi. Ha ha ha! Siap puan wifey bungkus kambeng tu untuk dibawak balik supaya aku bule makan kat umah pulak. Wah ha ha ha! Betapa super-best nyer kambeng nih.

Aku taruk rating kambeng ni 5 bintang! Dah lama pulak aku tak layan rating2 makan2 nih.

Aku ingat nak panggil katering kambeng ni jugak pas ni aar. Kenduri ape yek aku nak buat?

Kenduri kali ni jugak aku nengok camne kuat nyer ikatan tali kekeluargaan. Aku nak kata tak kuat sebenar nyer. Sedey bila aku nengok sebahagian ahli keluarga sepupu2 aku yang dah macam tak reti bermasyarakat. Dah tak nampak rasa hormat kepada generasi terdahulu. Kemudian cam datang kenduri ni setakat nak hantar perut aje. Ha ha ha.

Bule tak aku nak blacklist korang2? Korang2 pon bukan nyer ada pape yang best2 kepada aku nih. Kita tunggu dan lihat aar time Hari Raya Aidilfitri nanti =)

3 comments:

Cool said...

Go riz!!!!!!!!!!!

nazri said...

jgn ko bertukar jd kambing dah ler..keh3..

Unknown said...

jiji:
go, go power rangers!!

andsem:
kalu aku dah tuka jadii kambeng,
camne aku nak makan kambeng lagi??

mungkin tidak..

ke ko nak bertukar jadi lokan??
=P