Masa: Solat Jumaat
Lokasi: Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur
Masjid Sri Petaling ni memang famous. Pasal di sini tempat berkumpul nyer tabligh2 di serata Malaysia.
Memandangkan pada hari yang berbahagia ni Hari Gawai, maka tak bersolat Jumaat laa aku di tempat2 yang biasa dikunjungi. Takpe. Biasa2 gak aku melayan Masjid Sri Petaling nih.
Pada kali ni, Masjid Sri Petaling ni penuh ngan khemah2. Ada perjumpaan tabligh2 lagi kot. Bagus aar diorang2 ni slalu2 buat usrah. Slalu berjumpa, bersama, bermuafakat membawa berkat.
Aku? Macam biasa laa. Suka layan2 dok sorang2 kat dalam masjid. Layan jiwa. Tak kaco sape2.
Then, ada satu pak tabligh ni dok sebelah aku. So, aku hulurkan tangan untuk salam ngan dia. Salam disambut. Pastu dia dok tenung2 aku. Tarak hal. Alih2, ada 2, 3 lagi pak tabligh dok tenung2 aku. Woh! Ape kes? Aku dah mengurut janggut kambeng aku nih.
Alamak! Janggut kambeng laa. Suda panjang. Suda serabai. Sure diorang pelik. Mesti diorang ingat aku ni geng2 tabligh jugak. Cuma aku pakai baju Melayu warna biru. Pelik tuh! Slalu nyer pak tabligh pakai jubah warna putih. Keh keh keh =P
Owh. Ni aar cerita sebenar untuk posting kali nih. Janggut! =P



No comments:
Post a Comment