Masa: Malam2 sampai laa pagi2
Lokasi: Cheras, Kuala Lumpur -> Kok Lanas, Kelantan
Mula2 ingat kitorang akan bergerak kul 8 malam gitu2. Skali, bapak mertua ajak makan2 laa pulak. Rupa nyer plan nak gerak2 santai lewat2 malam. Hoh!
Kitorang gerak 2 kenderaan. Pasal parents puan wifey, adik dia, abang ipar dia dan juga anak buah dia akan stay kat Kota Bharu sampai ari Selasa. Aku dan puan wifey stay sampai ari Ahad aje. He he.
Di Karak, kitorang selisih ngan geng2 konvoi Mitsubishi Lancer yang lama tu. Jenis2 yang 2nd generation punya. Ke mana laa agak nyer diorang nak pegi yek? Aku rasa mau ada 20, 30 bijik kete jugak aar time tu. Serius, kete2 ni buat aku teringat kat Bro Bajang. Time melayan selekoh kat Karak tu jugak aku sms dia. He he.
3 kali berenti rehat untuk minum2, rehatkan badan (Aku rasa tak perlu, tapi melayan bapak mertua aje =P ). Ye ke 3 kali? Ntah aar. Lebey kurang camtu laa. Yang pasti, kitorang berenti siap tido kejap kat R&R di Gua Musang (Sekali lagi aku rasa tak perlu).
Since aku tak tido, power ketahanan mata aku kantoi selepas melepasi bandar Kuala Krai. Lagi 66km aje aku nak tiba ke Kota Bharu. Ha ha ha. Andai aar tak stop sampai 3 kali, sure aar aku dah drive all the way sampai ke Kota Bharu. Takpe. Layankan aje bapak mertua tu. He he. Aktiviti men-driving diteruskan oleh puan wifey.
Okeh. Puan wifey drive sampai ke Kok Lanas. Kat situ kitorang berenti untuk jumpa ngan Pak Su puan wifey. Pak Su puan wifey tu ada bukak kedai gambar. Kira, kitorang jumpa dia kat kedai gambar tu laa. Kat sebelah kedai gambar tu ada kedai makan. Ape lagi, sarapan laa dulu. He he.
Sarapan aku sure aar mesti ke-Kelantan-an. Erk, baham nasi kerabu aje laa. Bule gitu? Ha ha ha.



5 comments:
gilo tak tido.. letih bai drive malam kalo x tido..huhu
sebab tu encik metal telah tewas masa kat kuala krai.. hahaha.. sape suh tak tido..
andsem:
ha ha ha..
aku kan power..
power rangers pon tak power cam aku..
=P
aini:
hari bekerja laa..
celah mana pulak nak tido..
dah aar lepas balik keje dah nak gerak ke kelantan..
=)
laa.. encik metal sila la tido kat r&r gua musang tu se das dua..
mana nak ada best tido time otak kata tak nak tido.. =P
Post a Comment