skip to main |
skip to sidebar
Actually, bersepah-sepah kawasan2 tanaman strawberry ni. Mana2 pegi kat sekitar Cameron Highlands ni bule jumpa kawasan tanaman strawberry. So, untuk ari pertama ni aku pegi strawberry park yang ada kat atas Cactus Valley tu aje. Kira guna jalan yang sama aar. Dok bersebelahan aje. Strawberry park ni baru aje dibuka.
Tarikh: 01 May 2010
Masa:
Lokasi: Big Red Strawberry Farm, Brinchang

Seperti biasa aar, kat Big Red Strawberry Farm ni bukan setakat ada strawberry aje. Kat sini jugak ada strawberry. Bukan setakat tu aje. Strawberry jugak ada kat sini.
Selain strawberry, ada jugak tempat tanaman kaktus kat sini. Tapi, kecik aje aar.
Kat sini jugak ada tempat tanaman sayuran2 hydroponic. Nampak cam sayur2 yang sama aje. Tapi ada 3, 4 jenis. Sayur hape ntah.
Kat bahagian paling atas skali ada kedai runcit yang menjual barangan2 yang berasaskan strawberry. Makanan, minuman, cenderahati, pakaian, payung, pape aje aar, semua nyer bertemakan strawberry.
Home made strawberry jem yang best. Tiada bahan pengawet.
Kat sebelah kedai runcit ada pulak kedai makan2 yang berasaskan strawberry gak. Tak silap aku ada lebey dari 20 menu yang semua nyer strawberry aje aar.
Maka aku pon memilih untuk membaham aiskrim goreng dan meneguk strawberry milkshake. Strawberry milkshake aar kot. Aku tau minum aje.
No comments:
Post a Comment