May 26, 2010

demonstrasi di angkasapuri

Sedikit pesanan:
"Berita Harian : 19 Mei 2010 : Usah Sertai Demonstrasi Di Angkasapuri"

KUALA LUMPUR: Polis menasihatkan orang ramai tidak menghadiri demonstrasi diadakan pertubuhan tertentu yang mendakwa mewakili 528 badan bukan kerajaan (NGO) di hadapan Angkasapuri di sini, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, berkata polis tidak menerima permohonan daripada penganjur berhubung demonstrasi yang dijangka diadakan pada jam 11 pagi.

“Demonstrasi ini dibuat di kawasan tumpuan ramai yang boleh mengganggu keselesaan, menyebabkan kesesakan jalan raya dan mendatangkan ketegangan.

“Mengikut peruntukan Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967, demonstrasi itu tidak mempunyai permit. Mereka yang menyertainya boleh dikenakan tindakan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, demonstrasi itu diadakan bagi membantah pemecatan seorang produser Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) yang didakwa bertanggungjawab menerbitkan dokumentari pembinaan Empangan Hidro Bakun, Sarawak.

Source:
Portal Rasmi Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan"
Tarikh: 19 May 2010
Masa: Around 1100hrs
Lokasi: Angkasapuri, Bukit Putra

Masalah nyer aku yang tak tau pape pon dah terlibat laa pulak. Pasal aku ni jenis masuk opis lambat. Tak pasal2 kene tahan road-block depan Angkasapuri yang menanti ketibaan mereka2 yang nak berdemonstrasi pada pukul 11 pagi.




Gambar2 hasil ehsan tepon berkamera aku =P

So, sambil2 aku dok usha2 tu aku tanya aar ada sorang abang juruvideo dok mundar mandir dekat2 aku time tu. Maka, tau laa aku story mory nyer serba ringkas. Aku malas nak komen sangat. So, aku ceritakan aje yek.

Setahu aku cerita nyer begini. Seorang penerbit yang bekerja secara kontrak ngan RTM diberhentikan serta-merta, notis 2 jam, tanpa sebarang pampasan, atas alasan pengurangan kos. Ha ha ha! Best punya alasan.

So, penerbit ni kata dia dipecat setelah mendedahkan pembatalan dokumentari berkenaan Projek Empangan Bakun dan Projek Pembinaan Menara Elektrik di Rawang. Penerbit ni kata dia hilang kerja kerana tiada kebebasan media. Ho ho ho. Kira pencabulan hak asasi laa ni?

No comments: