November 11, 2009

keberkatan hidup

Aku terbaca kat fesbuk member ari tu. Luahan hati dia berkisarkan kalu keje ngular2 tu camne hukum-hakam nyer. Halal ke tak rezeki nyer. Dia baru pikir pasal ngular nak pi merokok aje.

So, aku terfikir aar pulak. Ngular2 tu ada banyak jenis. Dok tak fokus kat keje, melayan internet time keje pon ngular jugak. Kalu yang memang ngular tu nama nyer terang2 ngular pon.

Agak2 nyer kat mana keberkatan keje kita tu? Camne ngan rezeki kita tu? Hal kecik2 aje. Tapi susah gak nak jawab kat akhirat nanti.

Tu baru time keje. Yang kat jalan raya pon biasa aku jumpa. Yang dok potong queue tu (sure berbakul-bakul makan makian), yang suka cilok2 tu (pon berbakul-bakul makan makian). Yang suka buat kesalahan trafik tu. Dosa2 kecik ke? Ntah aar.

Yang suka buang sampah merata-rata tu camne lak? Kadang2 kepala otak tu tak terpikir pon. Refleksi tangan tu yang terlebey cepat. Dosa2 kecik gak kan?

Camtu aar kehidupan kita kini. Ngan status rezeki yang ..... (aku tak tau perkataan yang tepat), lagi ngan hari2 mengumpul dosa2 kecik. Ngan hal2 kecik ni pon tak leh kita nak settle-kan, tak yah aar pikir2 yang hal2 besar dulu.

So, camne aar kehidupan kita ni nak dapat keberkatan?

Korang2 ada pape pandangan tak tentang hal ni?

p/s:
Aku juga posting-kan kat
jiwang.org untuk lebey input (http://www.jiwang.org/portal/modules/forum/keberkatan-hidup-t32228.html)

3 comments:

Shidah said...

Buatlah sesuatu niat kerana Allah.Insyaallah berkat dunia dan akhirat..:-)

tapi nak laksanakan 2 mungkin susah kot. sb jarang ada org buat sesuatu kerana Allah.

#sorry kalau padangan terkeluar dari persoalan..:-)

Unjuran said...

kamu juga sama seperti yg lainnya. bertaubatlah.

Unknown said...

shidah:
terbaik!!

thanks..

unjuran:
thanks adik..
harap2 kita2 ni bertaubat gak yek..
takmo aar kita2 ni nak mendabik dada,
rasa diri kita2 ni lebey mulia, lebey hebat dari yang lain..
tak perlu nak tunding2 jari..
lebey baik insafi diri sendiri..