November 14, 2009

derma?

Hari Jumaat lagi. Ke Masjid Wilayah Persekutuan aar. Tempat biasa. Dan juga permandangan biasa.

Ada pakchek datang. Buta. Dipimpin. Mundar-mandir. Menghulurkan bungkusan tisu. Mereka2 menghulurkan duit. Pakchek tu membalas dengan tisu. Ada yang menerima dan ada juga yang menolak. Tetap pakchek tu mengucapkan terima kasih dan diiringi doa2.

Aku gelarkan itu berniaga. Aku suka. Aku juga sudi membantu.

Di kaki tangga. Anak2 kecil dan mak2 orang sedang menanti. Menghulurkan bekas (cawan plastik). Meraih simpati. Aku pon tak pasti tindakan mereka yang seterus nyer.

Aku gelarkan itu meminta sedekah. Aku ..... Hurm.

Kenapa orang buta itu sanggup berusaha, mundar-mandir untuk berniaga? Tapi kenapa anak2 kecil dan mak2 orang yang cukup segala sifat tu sekadar menanti untuk menerima sedekah?

Kehidupan.

p/s:
Aku juga posting-kan kat jiwang.org untuk lebey input
(http://www.jiwang.org/portal/modules/forum/derma-t32375.html)

2 comments:

Unjuran said...

jgn menilai tanpa mengetahui apa disebaliknya. tidakkah anda tahu bahawa kedua2nya adalah mangsa 'penjenayah' yg ingin mengaut keuntungan cara mudah? pernahkah anda terfikir apa yg mereka makan saban hari oleh 'penjenayah' yg mengambil hasil mereka 'meminta sedekah'? kaji sebelum anda berkata2

Unknown said...

unjuran:
mangsa jenayah??
tak semua begitu..

well, adik..
bila lagi adik nak berkata-kata??
takkan asik nak sembunyi aje??
lari ke sana-sini..

alangkah lebey bagus memberi penyelesaian,
dari tunjuk pandai nak carik kesalahan aje..