November 29, 2010

current situation - part 25: edisi masa

Akhir nyer!

Dapat jugak aku mencuri sedikit masa untuk membaca semua update blog dari list blog aku yang blŏgroʊl dan əˈnʌðər blŏgroʊl tu. Naik buntang mata aku nak baca posting2 yang dah sebulan aku tinggalkan.

Hape tak nyer. Lepas pemergian seseorang dari hidup, aku menghilangkan diri hampir 2 minggu dari dunia cyber. Aku tak sure ke mana aku menerawang diri ni. Hilang begitu sahaja. Seperti masa lalu.

Bila aku kembali, banyak laa pulak draft2 yang dah backdated. Muntah darah aku nak upload posting, mengejar kembali detik2 waktu yang telah aku tinggalkan. Ha ha ha. Aku dok update blog aje. Nak reply komen2 pon tak terpikir sangat.

Then, aku rehat balik dalam seminggu. Pon aku tak sure ke mana aku menerawang diri ni. Hilang begitu sahaja. Seperti masa lalu. Bengong tul.

Err, aku cuti pada hari ni. Tak keje. So, aku buang masa untuk tido. Pasal malam tadik aku tak cukup tido. Puan wifey ada masalah kesihatan. So, lepas dah segar kembali, ape salah nyer aku membaca posting2 dalam blogroll aku yang telah lama aku tinggalkan? Semua nyer aku kasi baca. Tapi tak semua nyer aku kasi komen. He he.

Ikut pengiraan, aku masih lagi backdated 3 minggu lebey!

2 comments:

nazri said...

takpe2.. jaga bini ko baek.. tanggungjawab tu..hehe..

Unknown said...

aku dah jaga terlebey baik dah nih..
=D