October 18, 2010

sotong berhujan panas

Antara umah2 terbuka yang terakhir untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri. Err, ada dua open house yang dah terbabas ke bulan Zulkaedah. Ntah hape2 laa. Anyway, takmo komen banyak2. Makan free. Layankan aje =)

Ni kira umah terakhir yang aku pegi untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri. Member dari geng2 Gen 2 Club Southern Region Negeri Sembilan (G2C SRNS). Saje aje aku highlight-kan open house kat umah ni pasal diorang ada menyediakan menu yang special!

Ha ha ha.

Tarikh: 10 october 2010
Masa: Around 1330hrs ~ 1500hrs
Lokasi: Jalan Gombak, Kuala Lumpur

First, ada Nasi Minyak Hujan Panas. Aku ingatkan ni nasi dari Indonesia. Rupa nyer aku silap. Ahh! Nasi ni berasal dari Pantai Timur. Aku pon tak penah tau pasal kewujudan nasi ni. Colourful. He he.

Err, tang lauk nyer aku pon tak pasti sepatut nyer nasi ni digandingkan ngan lauk ape. Ayam masak merah ke?


Second, ada Ketupat Sotong a.k.a sotong sumbat. Ha ha ha. Senang aje nak buat nih. Aku nengok pulut tu disumbatkan ke dalam badan sotong. Pulut masak ngan santan. Pastu kasi sumbat pulut tu dalam sotong. Then, kasi curah balik ngan santan. Senang aje laa tu. Rasa nyer pon manis2.

Tang makanan ni aku memang penah dengar. Cuma tak penah makan aje. Tak sangka dapat jugak merasa. Tak jadi nak carik Batu Belah Batu Bertangkup.


Che Mok, bila ko nak arrange aktiviti makan2 ngan aku nih?

2 comments:

nazri said...

g umah nenek amir la puler.. bleh makan ambuyat.. kita tgk sapa y tercekik nanti.. keh3

Unknown said...

aku dah nengok gambar ambuyat tu..
nampak cam best jugak tuh..

bila mau layan??
=)