August 06, 2010

tautan kasih

Lama betul tak jumpa Ustaz Kassim Tahir. Kali terakhir rasa nyer masa beliau datang kenduri kawen aku. Maybe lepas tu ada jumpa sekali dua kot. Ntah, aku pon tak ingat sangat. Ustaz Kassim ni merupakan mursyid untuk family aku. Aku mula2 kenali beliau ketika beliau beri ceramah kat sekolah aku. Then, beliau diberi kontrak sebagai guru Pendidikan Islam dan mengajar kelas aku jugak selama dua tahun, sebelum beliau berlalu dan bertugas sebagai Imam Masjid Negeri.

Tarikh: 31 July 2010
Masa: Malam2
Lokasi: Kompleks Belia dan Sukan, Paroi

Ada majlis makan2 untuk sekolah adik aku. Sempena ulang tahun ke 20 dan juga mengutip dana nak buat bangunan. Nak kene kasitau ke nape kene kutip dana? Ha ha ha.

Sepatut nyer ada sorang lagi mursyid untuk family aku join skali, iaitu Pak Long (Aku tak tau nama betul beliau), tapi beliau tak hadir pulak.

Okeh. Perasmian majlis oleh Sahibuh Samahah Dato' Mohd. Yusuf, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Mufti baru nih. Aku pon tak penah di-update pasal hal nih. Then, ada jugak persembahan nasyid dari kumpulan Far East dan kumpulan Saujana. Budak2 minat nih. Aku tau dari budak2 universiti, memang diorang ni agak top dikalangan pelajar2.

Camne pon, acara paling penting tetap makan2! Ada kambeng bakar! Terbaek! Aku, bapak aku dan Ustaz Kassim dok baham kambeng aje laa. Lauk2 lain tu jamah sikit2 aje. He he.



No comments: