January 12, 2010

konco

Waktu driving ke tempat keje. Sambil2 dengar radio.

Tarikh: 12 January 2010
Waktu: Pagi2 aar
Lokasi:

Radio bercerita pasal ape yang sanggup dilakukan untuk kawan karib. Kawan karib? Ape definasi nyer yek?

Aku pon dok congak2. Bape ramai kawan karib aku? Kalu dah tolak wifey aku, bape lagi yang tinggal? Tak terkira? Tak terkira pasal takde? Ha ha ha! Mungkin. Ya, mungkin. Ehh, macam ada sorang dua. Ntah aar. Aku pon tak pasti. Camne tu?

Mungkin depends pada situasi kot. Bergantung pada peralihan zaman. Walaupon sepatut nyer aku tau definasi kawan karib tu tak sepatut nyer bermakna begitu. Tapi aku tiada kawan karib yang mampu bersama-sama ngan aku untuk satu tempoh yang agak lama. Untuk aku menerima pendapat. Untuk aku menerima bimbingan. Untuk aku melihat jauh lebey kehadapan.

Nak berkorban ke hape tu hal ke-dua.

Kawan? Kawan ni level nyer sure aar bawah kawan karib. Brape ramai kawan aku? Untuk berkongsi gelak tawa. Untuk kongsi2 masalah yang kira tak berapa peribadi. Macam tak ramai jugak. Err, ramai bergantung pada situasi. Kawan masa zaman kat sekolah. Kawan masa zaman kat universiti. Kawan masa zaman kat tempat kerja (Dan aku dah 4 kali tuka keje). Kawan2 sehobi seperti kawan2 dari kelab2 yang aku join. Kawan2 yang aku kenal dari alam maya. Ehh, banyak lagi situasi2 nih. Kira ramai jugak kawan2 aku.

Namun, ada yang kawan yang rapat ngan aku dan ada juga kawan yang sekadar menjadi kawan aku kerana dia berada di situasi itu. Well, yang kawan rapat ngan aku tu sure aar tak ramai. Yang ni kira masih bertegur sape lagi aar ngan aku (Dan kadang2 memang nak aku aje tegur diorang dulu. Walaupon bukan semua, tetapi majoriti nyer). Tapi, kadang2 pelik jugak bila asek nak aku aje yang tegur dulu. Ha ha ha! Takpe aar. Kurang2 nyer diorang still reply gak. Aku tau aar gak diorang tu masih bernyawa.

Ehh, aku ni peramah sangat yek? Pasal tu aku suka tegur orang.

Ada satu persoalan dalam kepala otak aku. Kawan karas tu ape? Aku memang tak tau aar.

Kenalan aku? Kenalan tu kira aku ada lagi ramai aar. Orang2 yang aku kenal aje. Aku kenal dia, tapi aku tak tau pape secara peribadi pasal dia. Dan kenalan ni bule jadi antara mereka2 yang kawan sekadar menjadi kawan aku kerana dia berada di situasi itu.

Hurm. Aku malas nak amik pusing2 sangat pasal hal ni. Semua ada cara kehidupan masing2. Namun, andai nyer .....

2 comments:

nazri said...

huhu..sori la bro..kwn ramai sgt..plus minus keje..x larat den nak tegor semua org..hee...

Unknown said...

ehh..
ko okeh lagi..
ada aje kita berkomunikasi..
tegur2 fesbuk ada..
komen2 kat blog ada..

keep in touch..
=)