Syaitan. Perkataan berasal dari bahasa Arab. Bersinonim dengan hantu, iblis dan jin.
Nafsu. Juga perkataan yang berasal dari bahasa Arab. Bersinonim dengan keinginan, kemahuan, kehendak dan dorongan hati.
Padi pulut di tepi hutan. Dimakan kera dengan babi. Hati perut diganggu syaitan, satu kerja pun tak menjadi.
Kain baldu dibuat tilam. Dara berdandan pengantin baru. Rosak madu kerana jadam, rosak iman kerana nafsu.
Syaitan memang jahat. Memang nampak jahat nyer. Yang baik cuma tak penah putus asa. Yang selain dari tu, semua nyer tak baik. Cukup tak suka dengan manusia yang ingin berbuat perkara2 baik. Maka, manusia itu akan dihasut supaya mereka2 berbuat sebalik nyer.
Nafsu ni lagi jahat. Pasal tak nampak jahat nyer. Yang baik kerana masih bule dikawal. Selain dari tu masih ada lagi perkara2 lain yang baik2. Cukup suka jugak ngan manusia yang ingin berbuat perkara baik. Pasal nafsu akan membuatkan manusia itu riak dengan perbuatan baik mereka2 itu.
October 04, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment