June 18, 2009

permata kedah - part 1

Sekeping gambar bule menggantikan beribu-ribu perkataan. Kalu aku taruk banyak gambar, kira bule menggantikan banyak ribu2 perkataan aar? Ha ha ha.

Pulau Langkawi, takde pape yang perlu aku ceritakan sangat. Kira ni aar pulau yang tak cukup de 3 ari bercuti. Macam2 aktiviti yang bule buat kat sini. Banyak sangat. Rasa kene top-up cuti wifey aku kasi jadi seminggu. Aku? Aku mana ada cuti. Aku memang dah tak bekerja. Ha ha ha.

Tarikh: 7 June 2009
Masa:
Lokasi: Port Klang, Selangor -> Jeti Kuala Perlis, Perlis -> Jeti Kuah, Pulau Langkawi -> Pantai Cenang, Pulau Langkawi

Agak kurang aktiviti untuk hari ni. Kira driving aje. Mak aku drive dari Seremban, N9 ke Port Klang, Selangor. Pastu aku drive dari Port Klang ke Butterworth, Pulau Pinang. Then, wifey aku drive dari Butterworth ke Alor Star, Kedah. Pastu aku sambung balik drive dari Alor Star ke Kuala Perlis, Perlis.




Dari jeti Kuala Perlis ke Jeti Kuah tu aku tak sure pulak sape yang drive feri tu. He he.


Tiba kat Jeti Kuah, kasi angkat kete racing yang telah disediakan. Kete racing? Ha ha ha. Dah lama gila aku tak drive kete bertransmisi manual. Well, racer tetap racer. Selamber aje aku shifting.

Destinasi seterus nyer ialah Pantai Cenang. Tempat penginapan kat situ. Susah gila nak dapat tempat penginapan time cuti2 sekolah ni. Even aku datang hari Ahad pon. Aku ingat mak bapak budak2 ni dah pikir nak balik, sambung keje hari Isnin. Rupa nyer, tidak. Ha ha ha.

Takde aktiviti untuk petang tu. Aku letih. Hu hu.

Cerita malam bermula lepas puas aku bertanya kat ramai orang, dan ramai rekemen kan aku makan kat kedai ni. Dekat aje. Jalan kaki. Diperkenalkan, Restoren Hj. Ramli.


Superb beb. Ikan bakar dia memang tasty. Cara pemasakan ikan nyer amat berhemah. Berhati-hati di jalan raya. Siap aku jilat alas meja ler. Err, meja aku tu takde alas meja pulak. Argh! Kira sedap sangat2 ler ni. Double thumbs up!



Jalan2 lepas makan. Cari bahan2 untuk kudapan. Kudapan yek ejaan nyer?


Tamat aje cerita meletihkan untuk hari ni. Sambung lagi untuk hari ke-2.

2 comments:

Cool said...

bila laa aku dapat berjalan jalan@!~ ko cadangkan ko berdua enjoy berjalan -berjalan@!~

Unknown said...

jalan dekat2 pon bule..
pi tepi pantai..
bawak anis kecik kiut comel2 tu..

pantai paling dekat ngan shah alam = pantai dalam..
he he..
=P