May 20, 2009

bur dubai

Bur Dubai bermakna "Mainland Dubai". Kira Dubai kat tanah besar aar. Pasal Dubai ni terbahagi dua oleh satu terusan bernama "Dubai Creek".

Kali ni cuma jalan2 untuk temankan sorang member yang dah nak pulang ke Malaysia. So, ni kira ronda2 untuk beli barang bawak pulang ke Malaysia aar ni.

Aku dan geng2 lain? Layan bergambar aar. Tapi kali ni cuma dari kamera aku aje. Gambar2 dari kamera lain blom kutip lagi. So, takde aar muka aku. Sedey nyer.

Tarikh: 14 May 2009 ~ 15 May 2009
Masa: 1900hrs ~ 0300hrs
Lokasi: Jumeirah Beach Residence -> Bur Dubai -> Al Safa -> Jumeirah Palm Island -> Marina Walk

Acara bermula dari Jumeirah Beach Residence. Acara menunggu orang sambil layan amik gambar. Yang ni aku pelik, nape kebanyakan manusia jarang punctual? He he.


Owh. Layan main2 cahaya pulak aar.


Okeh. Setelah cukup korum, maka bergerak ler kami2 ke Bur Dubai. Kali ni layan ceruk sikit. Serius aku tak penah sampai. Sape2 yang slalu naik bas tu tau aar tempat ni. Pasal dekat ngan bus station Al Ghubaibar. Aku tak penah naik public bus lagi setakat ni.

Kawasan ni agak kuno sikit. Ceh, kuno laa sangat. Kira tak macam kawasan Dubai Marina a.k.a "New Dubai". Banyak gak bangunan2 lama kat sini.

Okeh. Kasi layan bergambar aar.


Ehh, ada kedai elektronik jual banyak sangat aksesori2 kamera. Menyinggah sat (^.^)


Orait, perjalanan diteruskan lagi.





Setelah member selesai membeli, kali ni layan acara makan2. Kasi turun ke selatan, ke Al Safa. Melayan ayam golek yang superb dikala 10:30 malam. He he. Sup kambeng + hummus + roti Arab + salad + prawn fried rice + ayam golek + apple milk shake + mineral water. Pergh! Kenyang ya amat beb!


Acara diteruskan lagi ngan melawat Palm Jumeirah Island. Jam dah menunjukkan kul 12:15 tengah malam. Takde pape laa kot. So layan bergambar aje yek.

Ni gambar terowong nak ke Atlantis, The Palm. Gambar tu konon2 nyer cam nak melalui warp drive velocity aar tu. Ada gaya cam superluminal kan? Cuma tanpa kehadiran warp bubble aje. Star Trek sungguh aku ni. Cet. Tak paham? Bule study pasal Albert Einstein's special theory of relativity ngan aku (^.^)


Tapi, tu aar. Kajang Pak Malau, kajang berlipat. Pak Malau ada anak dara yang cun. Bateri kamera aku habes pulak dah. Nak kasi sedapkan lagi cerita, bateri kamera yang spare tu pon kong jugak. Kajang mengkuang layu betul.

So, dapat ler beberapa keping gambar Atlantis, The Palm tu. Then, kasi kuar bateri tu dari kamera. Kasi energy storage. Accumulate balik sisa2 tenaga yang ada dalam bateri tu. Apsal tak macam bunyik saintifik, macam bunyik sastera aje?

Dapat ler amik gambar Burj Al Arab dari Jumeirah Palm Island. Tu pon dapat 2 keping aje. Pastu bateri dah memang kong habes.


Dari kes amik gambar Burj Al Arab ni, aku dah buat satu keputusan yang pasti. Aku nak beli gak sebijik kamera DSLR. Gambar2 dari DSLR memang superb. Cuma tak leh nak zoom jauh aje. Kene guna lens2 aar. Duit semua tu. So, skarang aku dah ada super-zoom bridge digital camera (refer: Bridge Digital Camera). Gambar pon best gak. Bule zoom sejauh-jauh nyer. Pastu amik kamera DSLR (refer: Digital Single-lens Reflex Camera). Gambar lebey superb. Ahh! Dua kamera? Hurm.

Okeh. Perjalanan kemudian diteruskan ke Dubai Marina, ke Marina Bay. Lepak2 kat Marina Walk. Amik gambar kapal2, bot2 dan bangunan2. Aku amik gambar pakai Nokia 6600 fold aje. Malas ler nak kasi upload. He he.

Pastu, balik umah ler. Nak tido. Sampai umah dah kul 3 pagi. Hadeh.

9 comments:

Cool said...

Eh riz ko plan balik mesia bila? aku nak kirim poskad sebarang 2 keping bleh?

Shidah said...

ni yang x sabar nak jalan2 kat dubai ni..

Unknown said...

jiji:
akan diuruskan..
=)

shidah:
sape soh sabar2..?

kalu nak turun,
kasitau tau..

maybe riz akan turun gak..
nak holiday..
=)

Shidah said...

hmm..kalau turun pun biasalah akhir bulan 11. sb on the way balik malaysia..hehe..dah berkira2 ngn member ni..kali ni transit satu hari. sampai hari jumaat pagi then balik hari sabtu pagi..oklah kan satu hari. sb 2 je transit paling lama..hehe

Nad.is.me. said...

ARGHHHH RIZ!!

Gambar cantek2 gini bolehhhh takkk kalau letak sejibik sejibik je jangan berfancy-fancy bagai..

I cant enjoy the photos! Kecik seh.

Hampeh betul. *sob sob*

Nad.is.me. said...

Dammmm.

Brader pakai topi nampak hotness.

w00t. o_0

Unknown said...

shidah:
okeh then..
nanti riz try schedule masa riz + wife..

bulan 11 tu lambat lagi..
tak leh nak predict pape pon..

nad:
nope..

dulu riz penah tanya,
either kasi gambar besar tapi sikit,
or kasi gambar kecik tapi banyak..

actually, riz pilih 50-50..
cuma posting kali ni banyak sangat gambar nyer..

brader pakai cap tu layan gym tau..
badan nampak tough, tapi lembik..
=P

nazri said...

sana tak jem eh cam KL?..

Unknown said...

nazri:
bur dubai ni salah satu dari district2 yang ada dalam dubai..

kawasan yang jem tu kat district lain..
slalu nyer yang sebelah creek..