April 03, 2009

jesselton: nature resort city - part 2

Tarikh: 18 March 2009
Masa: 1100hrs ~ 2130hrs
Lokasi: Kota Kinabalu, Sabah

Ni baru layan punya cerita. Naik shuttle bus dari Nexus Resort Karambunai kul 1100hrs. So, layan perjalanan lebey kurang 30 minit. Tempat turun kat Warisan Square.



Dari Warisan Square, kitorang naik teksi untuk pergi ke Signal Hill Observatory (Menara Pemerhati Bukit Bendera). Layan permandangan Kota Kinabalu dulu.






Lepas dah puas amik gambar, kitorang jalan kaki je turun ke bandar (Dari atas bukit tu baru perasan pusat bandar Kota Kinabalu ni tak aar besar sangat).



Sampai aje kat kaki bukit, kitorang jalan2 depan Atkinson Clock Tower.


Pastu lintas jalan pegi ke area dekat City Hall (Dewan Bandaraya Kota Kinabalu) tu. Lepak2 kat sana sat. Letih pulak jalan2. He he.




Acara seterus nyer melintas jalan dan pegi ke City Park sebelum terus ke KK Plaza. Kat sana dah me-reconnaissance (Me-reccy kalu ikut bahasa pasar - pronounced: /rekee/) barangan2 yang patut dibeli.


Dah letih pusing2 shopping complex, melintas jalan lagi ke Central Market (Pasar Besar Kota Kinabalu) lak. Layan tingkat atas aje. Ronda2 cuci mata. Dah nampak pulak isteri aku ni pashmina. Ha ha ha. Kat Dubai bersepah-sepah benda ni. Nape tak kasitau. Kalu tak, beli dari Dubai aje. Okeh, okeh. Nanti pusing balik, baru beli.

Perjalanan diteruskan ke bangunan sebelah. Handicraft Market. Akhir nyer tiba di destinasi utama. Mencari Mutiara Naga. Ehh, mutiara. Mutiara Naga ada 7 bijik aje kat bumi ni yek. Kat Planet Namek pon ada 7 bijik gak. He he. So, lama gak survey2 dalam Handicraft Market tu sebelum jumpa kedai sasaran. Mau dekat2 dua jam aar gak rasa nyer. Tapi setakat tu aje. Perut perlu diisi dulu. Layan The Coffee Bean & Tea Leaf kat The Waterfront (Anjung Samudera).


Owh, hujan laa pulak. So, kene tunggu hujan berenti.


Acara seterus nyer ialah kembali ke Handicraft Market. Membeli banyak barangan2 mutiara. Sambil2 tu berhempas-pulas aar mengempiskan poket kat kedai tu aje. Siap aku guna talian hayat aar (Aku kene pegi bank berdekatan aar untuk cucuk duit lagi). Dah nyer kedai tu tak leh pakai kad kredit. Kalu tak, aku gores dan menang aje. Ha ha ha. Well, yang banyak berbelanja sure aar isteri aku.


So, lepas dah dapatkan barang2 mutiara tu - kitorang patah balik ke Central Market untuk carik beg sandang. He he. Kira banyak barang ler tu. Layan skali aar ngan pashmina isteri aku tu. Bukan alas meja yek. He he.


Seterus nyer, kembali ke Warisan Square untuk acara merayap2 dalam shopping complex tu sambil2 mencari lokasi2 untuk membaham. Dinner time!

So, posting seterus nyer pasal membaham aar. Ha ha ha.

2 comments:

nazri said...

pashmina tu apa ya cik metal?..
hoo..dari pagi smp ke malam..
mmg ko pusing btol2 KK tu..

Unknown said...

pashmina tu shawl..
dibuat dari wool..

asal dari belah2 himalaya sana..
kira bila pakai,
tak rasa sejuk sangat..

bentuk cam selendang gitu2 aar..
(bukan alas meja yek =P )
tapi textile tak sama..

nanti aku upload gambar manja2 aku pakai pashmina tu..
kalu teringat aar..
he he..