March 26, 2009

king metal worgh!! - part 2: edisi seremban

Lagi cerita pasal King of Pool yang dah jadi King of a Day sekali lagi. Ehh, dah kira King of Two Days aar pulak.

Tarikh: 15 March 2009
Masa: 1230hrs
Lokasi: Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor, Seremban

Acara makan beradat kat belah pihak lelaki. Takde sanding2. Ada dua pengantin. Aku ngan adik aku yang nikah dua minggu lagi awal dari aku. Gambar diambil oleh adik aku yang bongsu pakai kamera aku iaitu Sony DSC-H10. Ada gak gambar2 dari kamera sepupu aku. Kamera aku takde gambar time makan beradat tu. Pelik aar pulak. Ha ha ha.

Acara kali ni takde wedding event videographer. Jemputan khas untuk kali ni ialah Cik Maszila a.k.a Cik Lisa Marcela (refer:
http://lisaclicks.fotopages.com/) sebagai wedding event photographer aku. Cik Lisa yang kiut cam kiut sangat2 tu ditemani kawan nyer Cik Ai (refer: http://midori_nohibi.fotopages.com/). Mereka berdua ni bernaung di bawah EnchantedFOREST (link: http://enchantedforest.com.my/). Pesanan yang sama - aku sampai Malaysia kang, aku nak nengok album kawen aku tu superb.







Cam biasa, majlis kali ni penuh ngan sanak sedara dari pihak lelaki ngan pompuan. Atuk, nenek, pakchek, makchek, sepupu, saudara dekat jauh.

Tapi kali ni kira lagi dahsyat. Satu rombongan besar datang dari Singapura. Kira macam satu bas ler. Sedara mara belah mak aku. Ni kira sedara mara yang dah lama aku tak jumpa. Rasa nyer mau makan belas2 taun gak. Sampai nama diorang pon aku tak ingat sangat. Naseb baik muka2 tu ada kenal lagi. Kira ingat2 lupa aar (^.^)



Bapak aku pon bule tahan gak. Abes dia sapu geng2 ITM ngan geng2 London dia dulu. Ada desas desus kata cam reunion lepas hampir 30 taun tak jumpa. Gilo aar. Ramai aar yang kira nyer macam bapak angkat aku kat London dulu tu memunculkan diri. Weh, memang aku tak kenal. Zaman2 aku takde memori lagi tuh. He he.

Geng2 Pengurus Petronas Dagangan West Region pon muncul gak. Ni pon macam datang satu bas. Macam aje aar. Tapi kalu ada satu bas panjang pon tak muat gak. Pasal ramai sangat. Tapi diorang semua datang naik kete masing2. Diorang ada function dekat2 area ..... (Ntah ler kat area mana). Geng2 Petronas Ampangan pon datang gak. Bersama-sama ngan supplier2 skali. Ni semua muka2 lama betul aku tak jumpa. Ishk, ishk.

Ehh, dok cerita geng2 mak bapak aku aje pulak. Moh cerita geng2 aku pulak.

Rakan2 sekerja aku ramai gak muncul. Geng2 Proton a.k.a Sifu2 aku. Membawak kepada team Jimah Power Plant. Pihak2 dari Kurihara serta ex2 nyer dan jugak pihak2 dari Taisei. Yang nak jadi kan cerita nyer makin best, Cik Ieta yang kiut pon datang gak (He he. Puan Nurul Aini jangan marah2 yek). Juga hadir member2 sekerja yang kat Dubai. Bukan nyer datang dari Dubai pon. Ada yang balik bercuti dan ada jugak dah jadi ex2 nyer. Ho ho ho.



Tak lupa gak kawan2 sekolah aku dulu yang turut hadir. Geng2 dari PJ High yang datang pastu bule lari ke majlis kawen Amin, member aku yang sanding hari yang sama. Ces! Ha ha ha. Kaco aar ko Amin (^.^) Tapi sayang nyer aku lost contact ngan geng2 blaja aku kat UiTM dulu. Kira takde wakil dari geng2 time aku blaja kat UiTM dulu. Hurm.

Juga hadir, geng2 Gen 2 Club SRNS. Kecoh sat majlis bila orang tanya aku nape banyak sangat Proton Gen 2 kat parking space. Ho ho ho. Nape, parking space tak cukup ke? Geng2 dari jiwang.org ada gak datang menghantar wakil. Meriah, meriah.

Kalu camni, jangan malu2 untuk nantikan kenduri saya yang seterus nyer (Ops! Sekali lagi, Puan Nurul Aini jangan marah2 yek).

p/s:
Sekali lagi, King Metal Worgh!! ngan permaisuri nyer.


8 comments:

nenekrock said...

ofcoz kna superb
x sesabo den nk tenok
=D

nazri said...

knapa gambar aku takde?
(garu dagu)..haha..

sHa said...

congrats riz!
:)

Shidah said...

oit guna khidmat lisa gak..
hmm thats good :-)..

uDean said...

naseb baik ko tulis psl wakil jiwang.org... klo tak, mmg kne demode+ban terus ah..haha

Unknown said...

"nak jadi kan cerita nyer makin best, Cik Ieta yang kiut pon datang gak (He he. Puan Nurul Aini jangan marah2 yek)."

riz.. puan nurul aini kata naseb baik masa 15hb tu dia tak meletop.. mekap tak besh.. naseb baik.. relakan je sape2 yg kiup-miup dtg dan dingorat oleh riz.. naseb baik..

"Kalu camni, jangan malu2 untuk nantikan kenduri saya yang seterus nyer (Ops! Sekali lagi, Puan Nurul Aini jangan marah2 yek)."

riz.. puan nurul aini tu kan kata.. riz kena tido luar malam ni.. hahaha.. err.. luar mane?

p/s:puan nurul aini yang kata.. saye tak kata.. :P

Unknown said...

elly:
album kawen tu lambat lagi nak dapat..
=P

nazri:
ada ko melapor diri tak..?
he he..

sha:
thanks babe..
=)

Unknown said...

shidah:
kawan2..
=)

udin:
turun pangkat pon tarak hal..
ko ngan ronn kan ada..
bule cover section aku lagi..
=)

aini:
he he..
riz ter-mengorat diorang laa..
=P