Kisah ni heboh di kawasan aku dua, tiga tahun lepas.
Ada sepasang suami isteri yang sangat daif kehidupan mereka nih. Disebabkan si suami takde kelulusan, jadi pekerjaan yang dia mampu lakukan hanyalah kerja2 kampung atau mengambil upah mengerjakan ladang atau kebun2 orang kampung.
Namun, ketaatan dan keimanan mereka kepada tuhan tak pula goyah dek disebabkan kehidupan mereka yang susah ni. Mereka tak pernah engkar rukun agama dan redha dengan ketentuan tuhan.
Tapi, semuanya berubah bila mak si isteri datang melawat pada suatu hari. Dengan keadaan rumah yang tunggu masa nak roboh dan tanpa perabut, bekalan elektrik, air mahupun streamyx - mak si isteri pun memberi amaran pada si suami agar mengubah hidup mereka dalam masa sebulan dan sekiranya gagal, dia harus menceraikan isterinya.
Alangkah sedih si suami dan berlatarkan sawah padi yang menghijau, si suami pun duduk termenung mengenangkan nasibnya. Mana mungkin beliau mengubah segala-galanya dalam masa sebulan.
Tiba2, dia diberi salam oleh seorang tua yang wajahnya sangat berseri-seri. Wajahnya menenangkan jiwa sesiapa saja yang menatap. Orang tua itu berjubah putih dan janggut panjang sampai ke dada. Si suami yang terkejut, menjawab salam orang tua itu.
Orang tua itu bertanya kenapa bersedih di situ, lalu si suami menceritakan segala-galanya kepada orang tua itu. Orang tua itu seraya berkata, "Dengan ketaatan mu pada tuhan, akan kau terima kebaikan. Akan ku bantu kamu, wahai orang muda". Orang tua itu pun mengajak si suami mengikutnya.
Didalam hati, si suami sangatlah berterima kasih kepada tuhan. Disaat dia sangat memerlukan bantuan, diberi pertolongan untuknya. Setelah sampai ke tempat yang dituju, sangat terkejutlah si suami melihat apa didepannya.
"Kau ada bawak slip gaji? Kat Courts Mammoth - perabut, tv, peti ais semua ada. Bule bayar ansur2", kata si tua itu dengan muka selamba papanya. Lalu adegan kejar mengejar pun berlaku antara si tua dan si suami.
Sekian.
p/s:
Sedut dari jiwang.org dan aku telah meng-alter kan sedikit sebanyak. Sekian juga.
February 04, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



1 comment:
memang sangat membantu yer pkck tua tuh...rase mcm nak jmpe die je la ni...huhu...lawaknyerrr... :-p
Post a Comment